Fibre-Glass Body Design

Body design or cowl design some of you might call it. One of the most dreadful yet intriguing things I've done during my campus life :)

Events and activities

Places we visit and activities we've done throughout the season!

Binbou Ryoko

Trips during our period in Japan.

Rojak Tauhu

You wouldn't know this simple dish would be so delicious!

Jangan Tinggal Solat

Cabaran hidup kat negara Jepun. Nak solat ble masuk waktu ke nk tgg ade tempat n keadaan yg selesa dulu baru nk solat? Pk la sendrik~

Wednesday, July 7, 2010

Jangan tinggal solat



Itula pesanan yang banyak kali diperingatkan. Kalo kol mak kat rumah, last skali mesti mak pesan tu. Baru-baru ni masa ucapan Faridah sensei sebelum die balik Malaysia pun ade die ingatkan kitorang supaya jangan tinggal solat. Well.. sebagai orang islam, memang satu kewajipan la solat tu kan.

Banyak cabaran untuk mengerjakan solat bila duduk kat negara bukan islam ni. First sekali dah memang la surau tu xde. So bila time kelas ke.. atau ngah g jalan-jalan kat mall atau jauh dari rumah, kene la cari tempat yang agak-agak sesuai nak solat.





Contohnya bila g mall n da masuk waktu solat. Memula nk amek wuduk tu dah satu hal. Korang kene amek wuduk kat sinki. Bile time nak basuh kaki tu korang terpaksa angkat la kaki masuk sinki tu. Kene la wat muke dek je bile orang-orang jepun wat muka pelik tengok. Pastu masuk la time nak mengerjakan solat. Orang-orang jepun ni tak tau adab-adab orang ngah solat so ade la kes-kes yang time ngah solat tu, kene tegur la.. kene tengok semacam la..

Tapi, macam ne pun, terpulang la pada diri sendiri. Ada jugak yang rase segan bila nak solat kat tepi jalan, kat taman ke.. so diorang KIV solat diorang n wat kat rumah. Tak kurang yang tinggal terus.. Kadang-kadang tu kite cube nak carik tempat yang betul-betul sesuai n tak diganggu orang. Pastu duk tangguh-tangguh, last2 terlepas waktu..

Memang banyak cabaran nak tunaikan solat bila kat negara yang bukan islam ni.. Ko kene betul-betul kuatkan hati n banyak tawakkal. Kalo tak memang tak solat la...





Pesanan aku untuk sesape yang membaca : Jangan tinggal solat :-) Nanti tuhan marah...

Monday, July 5, 2010

So long.. take care...




Faridah sensei mula mengajar aku mase kat AAJ UM dulu lagi. Masa tu die ajar aku chemistry. Dalam kelas die agak straight. Pantang nampak budak tidur je die soh bangun jawab soalan. Pastu die ajar kitorang tulisan kanji gak. Yang tu pun sakit gak. Die soh budak sorang-sorang pegi depan tulis kanji yang blajar hari tu. Majoriti kantoi la.

Bila aku dipilih masuk Hokkaido Universiti ni.. kebetulan die pun ade sini wat phd. Kat sini baru la kenal Faridah sensei bebetul, skali ngn famili die.. Ekceli mase memula jumpe die kat sini tu takut gak sebab duk ingat imej die time kat UM dulu, tapi selama kenal die kat sini takde langsung imej garang n tegas die macam dalam kelas dulu-dulu tu.

Faridah sensei wat phd 3 tahun kat sni. Sampai bulan 12 2006. Aku sampai sini april 2007. Alhamdulillah die dah grad minggu lpas n dah selamat pulang ke Malaysia. Kepulangan famili Faridah sensei n abg Halim bermakna makin kurang la bilangan ahli keluarga Sapporo ni.. makin kurang la anak-anak kecik nak dilayan abang-abang n kakak-kakak kat sini..

Kat sni aku tunjukkan gambar-gambar famili diorang yang aku ade. Tak banyak pun n majoriti dari kamera orang lain. Sebelum diorg berangkat pulang sempat ramai-ramai pegi makan strawberry.

To Faridah sensei n family, Good luck with life in Malaysia. Kalau ada rezeki kite jumpe lagi. Saya tak sempat nak pegi Shiretoko ngn sensei so sensei kene la datang Hokkaido ni lagi. hehe..




Twitter Facebook Favorites