Tuesday, December 14, 2010

Winter = Fuyu (冬-ふゆ)


Musim sejuk datang lagi. Salji turun dari langit, udara yang macam kat dalam peti sejuk… Musim ni la banyak jumpa kemalangan melibatkan manusia yang tersilap mengatur langkah sebab jalan licin, atau pun manusia yang terlalu bijak dengan berbasikal atas jalan yang licin.
Aktiviti musim sejuk: main salji. (tribute to anep)


Selain kemalangan melibatkan pejalan kaki, musim sejuk ni pun menyebabkan peningkatan kemalangan jalan raye, terutama kat Hokkaido ni. Kemalangan jalan raye paling banyak kat Hokkaido adalah disebabkan masalah jalan yang licin bila musim sejuk. Contohnya, korang ngah drive nak sampai simpang bile lampu isyarat merah. Kalau jalan tu licin sangat, maybe sebab baru lepas rebut salji ke, atau pun tayar winter da haus, kenderaan korang mmg susah nak brenti macam drive bukan musim sejuk. Omputih kata slippery la. Aku pernah Nampak depan mata sendri bila ade satu kete ni punye bijak speeding time slippery nih, sebab nak kejar lampu kuning punye pasal. Tapi die tak sempat, pastu rempuh van yang ngah baru nak masuk simpang. DUa-dua sliding pastu same-same sodok tiang lektrik. Nasib baik takde kemalangan jiwa dilaporkan. Camtu la bahayenye keadaan musim sejuk kat Hokkaido ni.


Snow festival 2007. nampak muda sungguh mereka itu. 
Kat sini aku terpikir. Malaysia yang takde salji turun tu pun banyak kes kemalangan jalan raye gak. Agaknye kalo musim sejuk ade kat Malaysia tuh, makin berkurang lah lagi bilangan rakyat Malaysia disebabkan kemalangan jalan raya. Macam mane nak didik pemandu kita biar diorang hargai nyawa orang lain?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Facebook Favorites