Tuesday, May 11, 2010

Sayonara...



Semalam balik dah seorang warga Malaysia kat Sapporo ni ke tanah air. Tapi semalam jugak datang sorang orang baru. Jumaat ni lagi 2 orang balik ke Malaysia jugak. Tapi takde yang datang ganti..

Masa aku datang Sapporo ni mula-mula dulu aku rase Sapporo ni meriah jugakla.. Takdela terasa sangat bosan sebab ramai warga Malaysia kat sini. Masa tu yang berkeluarga lagi ramai. Sekarang ni yang berkeluarga dah mula balik Malaysia sikit-sikit.


After bbq 2007

After bbq 2009

Semua aktiviti jadi seronok bila buat ramai-ramai. Aku termasuk dalam kategori orang yang tak suka buat mende sorang-sorang sebab cepat bosan. Sebab tu aku akan selalu ajak orang makan same-same kalo pegi makan luar. Kalo dah takde orang jugak aku tapau balik makan depan pc. Nak tunjukkan betapa tak ramainya warga Malaysia kat sini sampaikan nak makan luar pon takde membe nak diajak. Nak makan dengan orang jepun? Sekali-sekala boleh la.. Diorang lagi suka makan sendiri je. Lagipun orang jepun bukannye nak makan kari hari-hari.

Ada banyak sebab kenapa ramai student tak pilih hokkaido sebagai tempat belajar. Antaranya sebab jauh, sejuk, susah kalo nak balik Malaysia dan macam-macam lagi la. Aku dulu tak kaji pun tempat mana yang bagus. Asalkan dapat sampai Jepun sudah. Bila dah sampai tu mula-mula agak menyesal la dengan tahap kesejukan kat sini. Masa tu still lagi winter kat sini padahal kat tokyo sume dah start main sakura. Habis sakit jari kuku aku semua. Tapi lame-lame tu jadi suka gak la dengan tempat ni. Aku suke dengan alam semulajadi. Hokkaido ni memang kaya dengan mende-mende camtu so kira bersyukur jugakla..














0 comments:

Post a Comment

Twitter Facebook Favorites