Fibre-Glass Body Design

Body design or cowl design some of you might call it. One of the most dreadful yet intriguing things I've done during my campus life :)

Events and activities

Places we visit and activities we've done throughout the season!

Binbou Ryoko

Trips during our period in Japan.

Rojak Tauhu

You wouldn't know this simple dish would be so delicious!

Jangan Tinggal Solat

Cabaran hidup kat negara Jepun. Nak solat ble masuk waktu ke nk tgg ade tempat n keadaan yg selesa dulu baru nk solat? Pk la sendrik~

Thursday, November 10, 2011

MISA Band




Ok seriously it sucks~ Most of us were really beginner at this time.

Our first recorded cover song in 2008.  Can't really say that Band MISA is officially disbanded.  Maybe the next time we jam together,  the name would be change.  Afterall we won't be MISA anymore~





Tuesday, December 14, 2010

Winter = Fuyu (冬-ふゆ)


Musim sejuk datang lagi. Salji turun dari langit, udara yang macam kat dalam peti sejuk… Musim ni la banyak jumpa kemalangan melibatkan manusia yang tersilap mengatur langkah sebab jalan licin, atau pun manusia yang terlalu bijak dengan berbasikal atas jalan yang licin.
Aktiviti musim sejuk: main salji. (tribute to anep)


Selain kemalangan melibatkan pejalan kaki, musim sejuk ni pun menyebabkan peningkatan kemalangan jalan raye, terutama kat Hokkaido ni. Kemalangan jalan raye paling banyak kat Hokkaido adalah disebabkan masalah jalan yang licin bila musim sejuk. Contohnya, korang ngah drive nak sampai simpang bile lampu isyarat merah. Kalau jalan tu licin sangat, maybe sebab baru lepas rebut salji ke, atau pun tayar winter da haus, kenderaan korang mmg susah nak brenti macam drive bukan musim sejuk. Omputih kata slippery la. Aku pernah Nampak depan mata sendri bila ade satu kete ni punye bijak speeding time slippery nih, sebab nak kejar lampu kuning punye pasal. Tapi die tak sempat, pastu rempuh van yang ngah baru nak masuk simpang. DUa-dua sliding pastu same-same sodok tiang lektrik. Nasib baik takde kemalangan jiwa dilaporkan. Camtu la bahayenye keadaan musim sejuk kat Hokkaido ni.


Snow festival 2007. nampak muda sungguh mereka itu. 
Kat sini aku terpikir. Malaysia yang takde salji turun tu pun banyak kes kemalangan jalan raye gak. Agaknye kalo musim sejuk ade kat Malaysia tuh, makin berkurang lah lagi bilangan rakyat Malaysia disebabkan kemalangan jalan raya. Macam mane nak didik pemandu kita biar diorang hargai nyawa orang lain?

Wednesday, July 7, 2010

Jangan tinggal solat



Itula pesanan yang banyak kali diperingatkan. Kalo kol mak kat rumah, last skali mesti mak pesan tu. Baru-baru ni masa ucapan Faridah sensei sebelum die balik Malaysia pun ade die ingatkan kitorang supaya jangan tinggal solat. Well.. sebagai orang islam, memang satu kewajipan la solat tu kan.

Banyak cabaran untuk mengerjakan solat bila duduk kat negara bukan islam ni. First sekali dah memang la surau tu xde. So bila time kelas ke.. atau ngah g jalan-jalan kat mall atau jauh dari rumah, kene la cari tempat yang agak-agak sesuai nak solat.





Contohnya bila g mall n da masuk waktu solat. Memula nk amek wuduk tu dah satu hal. Korang kene amek wuduk kat sinki. Bile time nak basuh kaki tu korang terpaksa angkat la kaki masuk sinki tu. Kene la wat muke dek je bile orang-orang jepun wat muka pelik tengok. Pastu masuk la time nak mengerjakan solat. Orang-orang jepun ni tak tau adab-adab orang ngah solat so ade la kes-kes yang time ngah solat tu, kene tegur la.. kene tengok semacam la..

Tapi, macam ne pun, terpulang la pada diri sendiri. Ada jugak yang rase segan bila nak solat kat tepi jalan, kat taman ke.. so diorang KIV solat diorang n wat kat rumah. Tak kurang yang tinggal terus.. Kadang-kadang tu kite cube nak carik tempat yang betul-betul sesuai n tak diganggu orang. Pastu duk tangguh-tangguh, last2 terlepas waktu..

Memang banyak cabaran nak tunaikan solat bila kat negara yang bukan islam ni.. Ko kene betul-betul kuatkan hati n banyak tawakkal. Kalo tak memang tak solat la...





Pesanan aku untuk sesape yang membaca : Jangan tinggal solat :-) Nanti tuhan marah...

Monday, July 5, 2010

So long.. take care...




Faridah sensei mula mengajar aku mase kat AAJ UM dulu lagi. Masa tu die ajar aku chemistry. Dalam kelas die agak straight. Pantang nampak budak tidur je die soh bangun jawab soalan. Pastu die ajar kitorang tulisan kanji gak. Yang tu pun sakit gak. Die soh budak sorang-sorang pegi depan tulis kanji yang blajar hari tu. Majoriti kantoi la.

Bila aku dipilih masuk Hokkaido Universiti ni.. kebetulan die pun ade sini wat phd. Kat sini baru la kenal Faridah sensei bebetul, skali ngn famili die.. Ekceli mase memula jumpe die kat sini tu takut gak sebab duk ingat imej die time kat UM dulu, tapi selama kenal die kat sini takde langsung imej garang n tegas die macam dalam kelas dulu-dulu tu.

Faridah sensei wat phd 3 tahun kat sni. Sampai bulan 12 2006. Aku sampai sini april 2007. Alhamdulillah die dah grad minggu lpas n dah selamat pulang ke Malaysia. Kepulangan famili Faridah sensei n abg Halim bermakna makin kurang la bilangan ahli keluarga Sapporo ni.. makin kurang la anak-anak kecik nak dilayan abang-abang n kakak-kakak kat sini..

Kat sni aku tunjukkan gambar-gambar famili diorang yang aku ade. Tak banyak pun n majoriti dari kamera orang lain. Sebelum diorg berangkat pulang sempat ramai-ramai pegi makan strawberry.

To Faridah sensei n family, Good luck with life in Malaysia. Kalau ada rezeki kite jumpe lagi. Saya tak sempat nak pegi Shiretoko ngn sensei so sensei kene la datang Hokkaido ni lagi. hehe..




Tuesday, May 11, 2010

Sayonara...



Semalam balik dah seorang warga Malaysia kat Sapporo ni ke tanah air. Tapi semalam jugak datang sorang orang baru. Jumaat ni lagi 2 orang balik ke Malaysia jugak. Tapi takde yang datang ganti..

Masa aku datang Sapporo ni mula-mula dulu aku rase Sapporo ni meriah jugakla.. Takdela terasa sangat bosan sebab ramai warga Malaysia kat sini. Masa tu yang berkeluarga lagi ramai. Sekarang ni yang berkeluarga dah mula balik Malaysia sikit-sikit.


After bbq 2007

After bbq 2009

Semua aktiviti jadi seronok bila buat ramai-ramai. Aku termasuk dalam kategori orang yang tak suka buat mende sorang-sorang sebab cepat bosan. Sebab tu aku akan selalu ajak orang makan same-same kalo pegi makan luar. Kalo dah takde orang jugak aku tapau balik makan depan pc. Nak tunjukkan betapa tak ramainya warga Malaysia kat sini sampaikan nak makan luar pon takde membe nak diajak. Nak makan dengan orang jepun? Sekali-sekala boleh la.. Diorang lagi suka makan sendiri je. Lagipun orang jepun bukannye nak makan kari hari-hari.

Ada banyak sebab kenapa ramai student tak pilih hokkaido sebagai tempat belajar. Antaranya sebab jauh, sejuk, susah kalo nak balik Malaysia dan macam-macam lagi la. Aku dulu tak kaji pun tempat mana yang bagus. Asalkan dapat sampai Jepun sudah. Bila dah sampai tu mula-mula agak menyesal la dengan tahap kesejukan kat sini. Masa tu still lagi winter kat sini padahal kat tokyo sume dah start main sakura. Habis sakit jari kuku aku semua. Tapi lame-lame tu jadi suka gak la dengan tempat ni. Aku suke dengan alam semulajadi. Hokkaido ni memang kaya dengan mende-mende camtu so kira bersyukur jugakla..














Friday, April 16, 2010

Kamu tahu kamu sudah besar bila...



Kalau rujuk kamus dewan edisi ke-4, maksud matang adalah seperti berikut:


1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau)
2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul)
3. mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran
4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll)


Kat sini aku nak citer pasal meaning yang no 3. tu. Matang seorang manusia. Macam mana kite nak tau yang kite ni dah matang ke belum? Ade cara nak ukur ke?

Kita selalu dengar kalau borak2 ke.. atau kite dengar membe2 atau mak bapak kite borak pasal orang lain.. mesti pernah dgr ayat yang lebey kurang macam ni: "nampak sangat budak tu dah matang" atau "Ko ni pemikiran tak matang langsung".. dan yang sewaktu dengan nye. Kalau matang tu menunjukkan kedewasaan pemikiran, dari konteks macam mane pemikiran tu dikira dewasa? Sebab die pandai carik duet? Sebab orang tu rajin bekerja? Sebab orang tu peramah?

Macam mane kalau orang yang pandai carik duit tu sebenarnye menipu orang untuk carik duit? Macam mane kalau orang yang rajin bekerja tu sebab nak tekel bos tempat keje die yang cun? Macam mane kalau orang yang peramah tu sebenarnye just pandai mengampu orang je? Bila kite tau semua2 ni, adakah kite still consider orang tu matang?

Hmmm ?



Tuesday, April 6, 2010

Kawan = Membe = Tomodachi



Hidup di negara orang banyak cabaran. Lebih2 lagi kat kawasan yang memang susah nak jumpe rakan senegara. Rakan senegara senang nak wat member. Bukan ape, senang nak borak pasal cakap melayu boleh paham. So, kite terpaksa la survive dengan bergaul dengan orang negara laen, terutama penduduk tetap. Macam kat Sapporo ni, orang Malaysia tak ramai.. Of course hubungan sesama Malaysians kene jaga.. tapi kalau kita bergaul dengan macam2 orang.. macam2 bende kita boleh tahu..


With friends during volunteer program at Toya lake

Majoriti orang jepun takdela seramah mane. Especially para remaja. Orang jepun ni kebanyakannye boleh dikategorikan sebagai 'racist' jugak. So kebanyakan kitorang agak susah nak carik member kat sini. Tapi masih ade orang Jepun yang suka berkawan dgn foreigner. Dengan membe2 macam ni la kite amek peluang tanye macam2 yang kita nak tau.. tanye tempat2 yang kite nak pergi...


Me with Minami-san

Pastu, semua informasi yang dapat tu sebarkan plak dekat membe2 Malaysia laen yang tak tau. Setiap orang akan jumpe pengalaman yang berbeza2 so why not share with others rite?

Twitter Facebook Favorites